Putrajaya, 2 Feb – Kes kematian akibat COVID-19 hari ini telah mencatatkan angka tertinggi hari ini iaitu 21 kematian, lapor Kementerian Kesihatan (KKM). Angka itu menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 791 kes setakat ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 20 kes daripada jumlah itu adalah melibatkan warganegara manakala hanya seorang bukan warganegara.
Negeri tertinggi mencatatkan kematian hari ini adalah Selangor (12), diikuti Sabah (4), WP Kuala Lumpur (2), Johor (2) dan Kedah (1).
Kebanyakan pesakit mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi di mana seramai 18 pesakit dilaporkan mempunyai penyakit darah tinggi manakala 14 orang mempunyai kencing manis.
Pesakit termuda yang meninggal dunia pada hari ini adalah seorang wanita berusia 36 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang kronik dan penyakit jantung.
Takziah diucapkan kepada semua keluarga mereka.



Sumber: KP Kesihatan