Putrajaya, 30 November – Negeri Selangor mencatatkan kes COVID-19 tertinggi hari ini dengan 402 kes, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dalam kemaskini terbaru, sebanyak 204 kes baru di negeri berkenaan melibatkan kluster sedia ada, sembilan (9) dari kluster baru, 95 hasil saringan kontak rapat, 90 lain-lain saringan dan empat (4) melibatkan kes import.
Negeri yang mencapai kes kedua tertinggi ialah Sabah (326), diikuti Negeri Sembilan (141) dan Kuala Lumpur (119).
Sementara itu, negeri yang tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes ialah Perlis, Terengganu dan Melaka.
Sumber: KKM