Bila makan di sesuatu tempat atau restoran, antara perkara utama yang kita perhatikan dulu sudah semestinya pengudaraan yang baik, selesa dan nyaman. Oleh itu, pengudaraan dan kualiti udara yang baik, ditambah pula dengan suhu yang sejuk pastinya buat kita rasa seronok untuk menikmati pelbagai hidangan yang enak dan menyelerakan.
Cuba kita bayangkan jika tempat yang kita kunjungi itu mempunyai saluran pengudaraan yang teruk, sudah pasti untuk makan pun kita rasa tidak selesa. Lebih parah mereka yang cepat berpeluh dan ditambah pula dengan ruang yang tertutup dan berkuap. Sudah pasti kita akan rasa terancam dek kerana ruang yang tertutup dengan keadaan sekarang yang terdedah dengan pelbagai jenis virus, kita mungkin akan rasa kurang selamat.
Begitulah situasi yang dialami oleh seorang pelanggan sebuah restoran yang mengadu panas dan mempunyai pengudaraan yang agak teruk ketika sedang menikmati hidangan makanan. Setelah membuat ‘complaint’ panas kepada salah seorang pekerja di situ, suasana di dalam restoran tersebut berubah hinggakan pelanggan tersebut terkejut.
Apa tidaknya, restoran yang tadinya panas dan berkuap bertukar dingin, nyaman dan rasa segar memenuhi setiap penjuru ruang dengan sekelip mata sahaja. Memang tidak hairanlah sebab restoran tersebut menggunakan penyaman udara ACSON bagi memastikan pengudaraan dan kualiti udara yang excellent dengan suhu yang sejuk memenuhi ruangan restoran berkenaan.
Sebenarnya, situasi tersebut merupakan sedutan babak dari video ACSON Jom Makan 3 melalui segmen ‘Waktu Scenario’.
Program ACSON Jom Makan 3
Program yang menampilkan pengacara terkenal yang cukup sinonim dengan rancangan ulasan makanan, Maria Tunku Sabri ini mula ditayangkan Mac hingga Mei 2022 dengan menyajikan enam episod dari restoran yang berbeza.
Rancangan yang dibawa khas oleh ACSON ini juga turut ditayangkan dalam versi Chinese yang menampilkan Meeki sebagai pengacara. Rancangan ini akan menampilkan makanan-makanan dari restoran yang terpilih.

ACSON Bantu Promosi Perniagaan
Peka terhadap syarikat Food & Beverage (F&B) yang terkesan teruk disebabkan oleh pandemik sebelum ini, pihak ACSON dengan berbesar hati mengambil inisiatif untuk membantu restoran-restoran bangkit semula. Restoran yang dimaksudkan adalah yang disiarkan dalam program ACSON Jom Makan 3 dan kesemuanya menggunakan penyaman udara ACSON di premis perniagaan mereka.
Penggambaran dan penerbitan program Jom Makan ini adalah tanda penghargaan sokongan kepada ACSON.

Kualiti Udara Dalam Restoran Yang Baik Baru Selesa Nak Makan
Selain dapat mengubah dari udara panas berkuap menjadi segar, dingin dan selesa dengan sekelip mata, produk keluaran ACSON juga dapat menyakinkan pelanggan untuk mengunjungi restoran secara ‘dine-in’ dan secara tidak langsung dapat memulihkan perniagaan restoran tersebut. Apa tidaknya, kualiti udara dalaman dan sistem pengudaraan yang baik dapat ‘memujuk’ pelanggan untuk mengunjungi restoran tersebut pada waktu yang lain.
Lebih-lebih lagi sekarang ni pengudaraan dan kualiti udara dalaman sangat penting kerana ruang tertutup yang ‘bermasalah’ boleh menyebarkan virus dengan mudah.

ACSON Tawar Lebih Banyak Produk Menarik
Dah jelas, penyaman udara ACSON dapat membantu restoran untuk mendapatkan udara yang baik sekaligus dapat menarik lebih ramai pelanggan mengunjungi premis mereka. Tapi bukan setakat itu sahaja yang ACSON boleh berikan, ada banyak lagi produk keluaran mereka yang sangat berguna untuk udara yang baik sama ada di premis perniagaan ataupun kediaman sendiri.
Selaras dengan matlamat ACSON, iaitu mementingkan kualiti udara dalaman yang terbaik dengan pengalaman penyejukan yang tiada tandingan kepada para pengguna, kini ACSON melancarkan Filtronz+ Teknologi Anti Virus terhadap semua model penyaman udara terkini. Ia boleh menghapuskan virus dan bakteria dalam udara sehingga 99%!
ACSON turut menawarkan produk seperti air purifier dan desktop air purifier yang didatangkan dengan Teknologi UV-C. Selain itu, mereka juga melancarkan perkhidmatan servis aircond dengan pakej AcsonMan Premier+ Servis.
Mesti anda tertanya-tanya, apa keistimewaan AcsonMan Premier+ Servis ni kan? Pakej ini sangat menarik kerana mereka menggunakan pencuci mesra alam, Pensterilan Stim Suhu Tinggi (teknik berasal daripada Jerman) serta ia datang dengan 60 hari workmanship warranty. Paling penting sekali, semua pakar aircond servis sudah lengkap divaksinasi.

Udara Yang Baik Penting Untuk Jamin Kesihatan
Pengudaraan yang baik sangat penting demi menjamin tahap kesihatan kita dan orang sekeliling. Terutama sekali syarikat F&B yang menjadi tumpuan orang ramai untuk menjamu selera. Alangkah baiknya jika hidangan yang sedap digabungkan dengan pengudaraan yang bersih dan selesa, lebih berselera lah untuk menikmati hidangan.
Pilihan yang terbaik untuk dapatkan kualiti udara yang bersih dan segar mestilah produk dari ACSON. Dengan ACSON, pelanggan akan lebih rasa selamat, selesa dan nyaman untuk ‘menyantap’ hidangan yang disediakan oleh restoran. Tiada lagi masalah berpeluh, berkuap dan rasa tidak selesa.

Dalam masa sama, anda jangan lupa pula saksikan ACSON Jom Makan 3 yang akan disiarkan dari Mac hingga Mei tahun ini pada setiap minggu. Banyak makanan yang sedap-sedap kita boleh tengok. Mana tahu berkenan, boleh lah ke restoran tersebut.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Laman Web dan Facebook rasmi ACSON Malaysia.