Seorang bayi mencipta sejarah setelah dilahirkan dengan menggunakan embrio yang dibekukan sejak lebih 27 tahun lalu.
Menurut CNN, embrio bayi itu dibekukan pada October 1992 dan kekal begitu sehingga Februari tahun ini apabila Tina dan Ben Gibson menggunakan embrio itu.
Gambar Via CNNTina melahirkan bayi itu yang diberi nama Molly Gibson pada akhir Oktober lalu iaitu hampir 27 tahun selepas embrionya dibekukan.
Kelahiran Molly dipercayai telah mencipta rekod baharu yang sebelum ini dipegang oleh kakaknya, Emma.
Gambar Via GMA“Dengan kehadiran Emma, kami sangat gembira kerana memiliki seorang bayi, perasaan itu sama apabila kami mendapatkan Molly.
“Ia agak lucu kerana kami kembali dengan rekod dunia yang lain,” kata Tina.
Kedua-dua bayi itu dilahirkan dengan bantuan Pusat Pendermaan Embrio Nasional iaitu sebuah organisasi berasaskan kepercayaan di Knoxville yang menyimpan embrio beku dalam persenyawaan vitro.
Gambar Via GMABagi keluarga yang ingin memiliki anak, mereka boleh mengambil embrio itu sebagai anak angkat yang akan dipindahkan ke rahim ibu angkat.
Emma, anak perempuan Gibsons yang sulung dilahirkan pada bulan November 2017 dan mencatat rekod sebelum ini bagi embrio beku paling lama yang diketahui telah dilahirkan. Embrionya dibekukan selama 24 tahun.
Sumber: CNN