Kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) berjaya merakam kejadian kejadian kemalangan melibatkan empat buah motosikal yang jatuh berturut-turut di Bulatan Gok Kapu di Kota Bharu, Kelantan.
Menurut video yang dikongsikan oleh Facebook milik Yu Kh, kemalangan tersebut dipercayai berlaku akibat tumpahan minyak di atas jalan.
Dalam rakaman kamera litar tertutup tersebut, mangsa-mangsa yang terlibat didapati tidak dapat mengawal pergerakan motorsikal dan tersungkur di atas jalan.
Mangsa pertama dilihat terjatuh sebelum memasuki lorong bulatan berkenaan. Mangsa kemudiannya dilihat berjaya bangun dan mengalihkan kenderaannya ke kawasan tepi. Ketika mangsa pertama dilihat sedang menghubungi seseorang, datang motosikal kedua yang turut tergelincir di kawasan yang sama.
CCTV kemudian merakam sebuah kenderaan tiba di kawasan berkenaan dan sempat berhenti di belakang motosikal kedua yang baru sahaja terjatuh. Penunggang motosikal berkenaan ketika itu masih lagi terduduk di atas jalan.
Tidak lama selepas itu, ketika mangsa pertama dan kedua berada di tepi jalan, dua buah motosikal lagi dirakam terjatuh serentak di lokasi yang sama. Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa-mangsa yang terlibat mengalami kecederaan atau sebaliknya.
Namun dalam rakaman tersebut, ambulans dan sebuah jentera bomba turut dikejarkan ke lokasi kejadian. Setakat ini, tiada maklumat lanjut yang ditemui berhubung insiden berkenaan.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0RCrEDP8Q1N8mis7LJpUgK6LQ8CzHj1rMQCwimH9JQSRHw6DcUWEGAUHa3aPFSc6ol&id=100009431931406
Sumber: Yu KH via Facebook