New Zealand- Ketika mata orang ramai tertumpu pada pilihan raya di US, di New Zealand terdapat seeokor burung nuri montel dan comel meraih undian tertinggi dalam pertandingan yang di adakan di sana.
New Zealand telah memilih kakapo sebagai Burung Terbaik pada tahun Ini. Menurut BBC, Ini adalah persaingan yang sukar dan hanya sistem pilihan raya kompleks sahaja memungkinkan burung kakak tua montel tersebut untuk menang dengan saingan terdekatnya, Antipodean albatross.
Namun begitu, ada tuduhan yang menyatakan terdapat penipuan dalam pemilihan tersebut ketika ratusan undi datangnya dari satu alamat IP.
Tetapi pada akhirnya, kakapo menang, ini merupakan kemenangan kali kedua untuk warga Selandia Baru sebagai juara bagi burung kakak tua montel mereka.
Sumber- BBC