
Adakah badan mayat akan di bersihkan atau di mandikan apabila tiba di rumah mayat? Soalan yang sering di tanya kepada seorang pengarah dan pengurus rumah pengebumian, Ellie Hollis di Amerika Syarikat.
Eileen merupakan salah seorang wanita muda yang bekerja dalam bidang pengebumian di Amerika Syarikat. Berkaitan dengan bidang pekerjaannya itu, dia telah membuka sebuah akaun TikTok untuk berkongsikan ‘rahsia’ perniagaannya dengan trend #DeathTok.
Dalam salah satu videonya, Eileen di tanya oleh warganet di ruangan komen apa yang mereka akan lakukan untuk membersihkan mayat yang tiba di rumah mayat.
Eileen menjawab dan menjelaskan apa yang mereka lakukan,
Tambahan lagi, selain menghilangkan sebarang bau yang tidak menyenangkan dan tanda, proses pembersihan juga dapat membantu “bahan kimia pembalseman mengedar ke seluruh badan mayat.”
Seterusnya, Eileen menjawab pertanyaan warganet yang bertanya sama ada mereka akan mencukur bulu roma di muka mayat atau apa akan mereka lakukan jika mayat memiliki banyak bulu muka?
Namun begitu, jika muka mayat ada janggut atau misai, Eileen akan bertanya pendapat ahli keluarga sebelum mencukurnya. Ini kerana kadang-kadang janggut atau misai tersebut merupakan identiti seseorang.
Sumber: The Sun