Hari ini, kita menyaksikan kemenangan perak Datuk Azizulhasni Awang dalam acara keirin lelaki di kejohanan Olimpik Tokyo 2020, selepas emas direnggut pelumba Great Britain, Jason Kenny.
Korang perasan tak masa final kierin tadi, ada seorang ‘pakcik-pakcik’ baju hitam kat depan pelumba pertama, diikuti pelumba-pelumba lain?
‘Pakcik’ kat depan tu digelar sebagai Pacer atau Derny yang akan menyamakan had laju para pelumba, sebelum perlumbaan sebenar dimulai.
Masa saingan akhir pagi tadi, salah seorang warga net mengutarakan soalan, “Kenapa peranan Pacer ni diberi kepada warga emas?” dan turut dibacakan oleh pengulas acara tersebut.
Nak tahu siapa ‘orang tua’ yang jadi Pacer dalam saingan akhir keirin lelaki di Olimpik Tokyo 2020 tadi, ikuti perkongsian melalui hantaran Hizandie Shuaib di bawah ini.
Tadi pengulas sukan kita Tuan Zainal Abidin Rawop ada sebut lebih kurang begini,
“Kenapa pacer acara keirin tu bagi kepada warga emas (orang tua)”.
Beliau sebut ni pun selepas baca tweet daripada rakyat Malaysia. Hahaha.
Gais, itu bukan sembarangan orang tua tau. Beliau merupakan bekas pemenang pingat gangsa Olimpik Los Angeles 1984 dalam acara sprint individu.
Pada Olimpik Tokyo 2020 kali ini, beliau yang kini berusia 59 tahun telah diberi penghormatan untuk menjadi ‘Pacer’ bagi acara keirin.
Kesimpulannya, ‘orang tua’ yang bernama Sakamoto Tsutomu ni bukan ‘orang tua’ yang biasa-biasa ya. OLIMPIAN tu.
Ha jangan main-main dengan ‘orang tua’ ni.
Sumber: Facebook Hizandie Shuaib