Semuanya Kami Telah Cuba, Sukarelawan Mohon Maaf Gagal Cari Acap By Nur Farra 4 April 2019 10:12am Berita Misi pencarian Mohd Ashraf yang hilang sejak 23 Mac lalu masih diteruskan sehingga ke hari ini.Dia yang merupakan salah seorang peserta Gopeng Ultra Trail telah didakwa hilang selepas menyedari tidak tiba di garisan penamat pada masa yang ditetapkan.Sebelum ini, melalui Facebook rasmi Seladang Perak, turut menyeru orang ramai untuk membantu mencari Ashraf memandangkan pihak berkuasa dijangka menamatkan pencarian mengikut prosedur.Kehilangannya dijejaki selama beberapa hari ini, namun tiada sebarang petanda dijumpai.Catatan salah seorang sukarelawan yang melibatkan diri dalam pencarian sepanjang kehilangannya berkongsi rasa kesal dan mistik melalui proses itu. Muhammad Yusof dalam perkongsiannya itu turut memohon maaf kerana usahanya menemui jalan buntu. Semoga rakyat Malaysia terus berdoa.Sumber: Muhammad Yusof