
Shell Malaysia kini telah mengintegrasikan BUDI95 ke dalam Aplikasi Shell, menandakan langkah penting dalam evolusi digitalnya untuk memberikan kemudahan, nilai dan ganjaran lebih kepada rakyat Malaysia.
Dengan ciri baru ini, pelanggan kini boleh mengakses subsidi bahan api terus melalui Aplikasi Shell dengan hanya melakukan pengesahan eKYC sekali sahaja melalui TNG eWallet. Setelah disahkan, pelanggan hanya perlu tekan butang BUDI95 dan bayar bahan api dengan selamat dalam aplikasi untuk menikmati kadar subsidi secara terus.
Pengenalan BUDI95 dalam Aplikasi Shell ini sejajar dengan komitmen Shell untuk menjadikan proses pembelian lebih mudah dan berbaloi.
Seow Lee Ming, Pengurus Besar, Shell Mobility and Convenience Malaysia, berkata, “Kami percaya peningkatan Aplikasi Shell dengan BUDI95 akan membantu rakyat Malaysia yang mahu memaksimakan setiap ringgit. Di Shell, matlamat kami adalah untuk menjadikan perjalanan isi minyak lebih mudah dan berbaloi. Bersama Shell FuelSave95 yang membantu pemandu pergi lebih jauh setiap tangki, Aplikasi Shell memberi pelanggan lebih kemudahan dan peluang untuk mendapat ganjaran, supaya setiap kunjungan memberi nilai terbaik untuk wang mereka.”
Peningkatan terbaru Aplikasi Shell ini menyatukan segala keperluan rakyat Malaysia dalam satu platform, daripada pembayaran selamat, tawaran peribadi, hingga akses cepat ke BUDI95.
Selain itu, kemudahan ini turut memperkukuh pengalaman di stesen Shell, menyatukan digital dan perkhidmatan di lokasi. Dari kedai serbaneka Shell Select untuk keperluan harian, hingga pelincir premium Shell Helix dan Shell Advance yang melindungi enjin.
Untuk meraikan pencapaian ini, Shell memperkenalkan dua kempen eksklusif dalam Aplikasi Shell:
RM 2 Juta Dalam Baucar Shell Menanti
Pelanggan yang menghubungkan Aplikasi Shell dengan eKYC TNG eWallet dan melakukan transaksi BUDI95 minima RM10 akan menerima baucar Shell RM5 secara automatik dalam aplikasi. Pelanggan baru juga akan menerima baucar RM5 tambahan sebagai hadiah ‘selamat datang’. Jumlah keseluruhan baucar yang diberikan kepada rakyat Malaysia ialah RM2 juta, jadi jangan lepaskan peluang anda.
Peluang Isi Minyak Percuma 3 Tahun
Pelanggan hanya perlu membeli pelincir Shell Helix atau Shell Advance terpilih di mana-mana stesen Shell untuk menerima baucar khas. Baucar ini boleh ditebus dalam Aplikasi Shell, secara automatik melayakkan pelanggan menyertai Peraduan Minyak Percuma.
Muat turun Aplikasi Shell hari ini dan daftar untuk BUDI95 bagi menikmati pengalaman mengisi minyak yang lebih mudah dan berbaloi. Untuk maklumat lanjut, lawati www.shell.com.my/BUDI95