SEKOLAH Islam Antarabangsa Brainy Bunch cawangan Bandar Kinrara, Selangor terpaksa menutup operasinya serta-merta ekoran salah seorang penjaga pelajarnya disahkan positif COVID-19.
Pihak pengurusannya dalam satu kenyataan rasmi berkata, operasi akan ditutup sehingga satu notis baharu akan dikeluarkan kelak.
“Anda diminta untuk datang mengambil anak anda segera, jaga mereka di rumah dan bersedia jika terdapat sebarang simptom jangkitan COVID-19.
“Anda tidak dibenarkan untuk menghantar anak anda ke mana-mana sekolah yang berhampiran.
“Kami akan sentiasa mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa, terima kasih atas kerjasama anda,” jelas kenyataan tersebut.

Terdapat seorang pengguna Facebook, Natasha Sofea Sulaiman memberi komen bertanyakan tentang kesahihah notis tersebut, dan komen tersebut dibalas oleh pentadbir page Brainy Bunch dengan jawapan “Yes puan,”

Sumber: Brainy Bunch