Semakin meningkat umur, sakit belakang bukan lagi satu simptom luar biasa.
Sakit belakang terjadi apabila terdapat serangkai otot dan ligamen di bahagian belakang badan cedera lalu menyebabkan koyakan pada tisu otot.
Hal ini terjadi apabila kita melakukan regangan secara berlebihan.
Otot dan ligamen ini berfungsi ‘memegang’ tulang belakang supaya ia berada dalam keadaan yang betul dan memerlukan penjagaan yang tepat.
Sekiranya tidak dijaga dengan baik, otot akan mula melemah dan tidak mampu memegang tulang belakang dalam keadaan yang betul.
Tulang belakang yang kurang stabil ini menyebabkan terjadinya sakit belakang.
Untuk mengatasi masalah ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berkongsi langkah-langkah untuk mengatasi sakit belakang.
Mari kita ikuti perkongsian melalui laman Facebook rasmi KKM ini.
Sumber: Facebook KKM, Hello Doktor
Baju sokongan tulang belakang beli disini
Nak beli kerusi yang sesuai beli disini