Aktiviti meneroka hutan sememangnya sangat gemar dilakukan oleh sesetengah orang. Bukan sahaja suka-suka, aktiviti tersebut juga akan ‘mengajar’ mengenai nilai kelangsungan hidup.
Pun begitu, tidak semua berjalan seperti yang dirancang. Terkadang berlakunya pelbagai masalah termasuk tersesat di dalam hutan.
Tidak perlu risau kerana ada cara yang boleh dilakukan jika berlakunya keadaan sedemikian.
Menerusi kiriman di Twitter Travel Jimat, mereka berkongsi mengenai kegunaan pokok banir yang sangat bermanfaat terutamanya kepada mereka yang tersesat dan memerlukan pertolongan.
Ikuti bebenang di bawah bagi mengetahui mengenai cara-cara untuk menggunakan pokok tersebut.



Tips penting ini sangatlah bermanfaat bagi individu ataupun kumpulan yang gemar memasuki hutan. Sekiranya perkara tidak diingin berlaku seperti sesat, bahagian bawah pokok banir ini sangat bermanfaat.
Sekurang-kurangnya, isyarat yang dihantar melalui pokok ini dapat memberikan petanda kepada pihak lain yang hendak memberikan bantuan.
Sumber: Travel Jimat