Bukan senang nak jadi ibu bapa yang mampu mendidik anak dengan baik. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Ada hari mood terganggu, terlepas juga kemarahan kepada si anak sekaligus menjejaskan pula emosi mereka.
Bila kerap dengar perkataan negatif, pastinya anak-anak akan menjadi sedih dan boleh jauh hati. “Ibu/ayah tak sayang saya lagi dah ke?” Mungkin itu yang terlintas di hati. Malah, kalau diherdik terlalu kerap, kadangkala mereka pun semakin ‘imun’ dan tak lagi berkesan untuk mengubah tingkah laku mereka.
Oleh itu, selain daripada marah menengking-nengking, Public Health Malaysia berkongsi alternatif positif jika berhadapan konflik dengan anak-anak.
“Penggunaan bahasa yang lebih positif dikatakan mampu membuat anak rasa lebih didengari, dihargai dan secara tidak langsung menggalakkan mereka untuk bersikap baik.
“Mungkin boleh cuba seminggu dan lihat perubahan tingkahlaku mereka. Mana tahu, ada perubahan, tekanan darah anda pun tak melambung naik.”
Macam mana caranya?
Selain daripada melarang anak berlari, anda juga boleh berpesan agar mereka berjalan dengan elok.
Tukarkan juga ayat marah “Jangan pukul adik!” kepada “Sayang adik baik-baik” untuk membeli jiwa mereka.

Sumber: Public Health Malaysia