Pada tahun 2017 yang lalu, seorang lelaki dari Beijing telah maut akibat terjatuh daripada bangunan 62 tingkat ketika sedang cuba merakamkan video aksinya itu untuk disiarkan secara langsung melalui satu aplikasi penstriman video.
Mangsa yang berumur 26 tahun ketika itu memang dikenali ramai sebagai pelakon lagak ngeri serta ‘rooftopper‘ pertama China. Ketika kejadian, beliau sedang melakukan aksi pull-up di bumbung bangunan Huayuan International Centre sebelum terjatuh dan mati.
Detik-detik semasa kejadian(Foto: Asia Wire/Daily Mail)Berikutan tragedi itu, keluarga mangsa telah mengambil tindakan saman terhadap aplikasi penstriman siaran langsung berkenaan kerana beranggapan mereka juga perlu dipertanggungjawabkan atas kematian mangsa.
Tindakan itu ternyata tepat apabila pihak mahkamah di sana baru-baru ini telah membuat keputusan bahawa pembangun aplikasi tersebut perlu membayar pampasan sebanyak 3,0000 Yuan(RM18,200) kepada ibu mangsa.
Antara aksi mangsa sebelum ini(Foto: Asia Wire/Daily Mail)Menurut laporan Daily Mail, mangsa mempunyai lebih satu juta pengikut di media sosial dan telah memuatnaik lebih 300 video lagak ngeri di bangunan tinggi tanpa sebarang peralatan keselamatan sebelum ini.
Keluarga mangsa juga didakwa telah menfailkan saman terhadap beberapa lagi pembangun aplikasi dan penyedia perkhidmatan Internet namun kes-kes berkenaan masih lagi belum diputuskan oleh mahkamah.
Sumber: Daily Mail