WASHINGTON, 31 Mac (Bernama) — Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Selasa mengumumkan inisiatif baharu untuk menangani keganasan terhadap orang Asia-Amerika, lapor Sputnik.
“Kami tidak boleh berdiam diri dengan peningkatan keganasan terhadap orang Asia-Amerika. Oleh itu, hari ini saya mengambil langkah tambahan – termasuk mewujudkan inisiatif tangani jenayah anti-Asia di Jabatan Kehakiman,” kata Biden melalui Twitter.
Menurut kenyataan Rumah Putih, Biden membentuk inisiatif antara agensi Jabatan Kehakiman untuk menangani keganasan anti-Asia dan jawatankuasa Pasukan Petugas Ekuiti COVID-19 untuk menangani dan mengakhiri xenofobia terhadap orang Asia-Amerika.
Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Masyarakat memperuntukkan US$49.5 juta daripada Rancangan Bantuan Amerika untuk program pemberian dana baharu kepada orang Asia dan Penduduk Asia Pasifik yang terselamat daripada keganasan rumah tangga dan serangan seksual.
Wakaf Nasional pula melancarkan projek perpustakaan maya, dibiayai kerajaan persekutuan pula bertujuan meraikan sumbangan komuniti Asia-Amerika.
Pakej ini juga merangkumi pembiayaan penyelidikan kritikal untuk mencegah dan menangani sikap berat sebelah dan xenofobia terhadap masyarakat Asia-Amerika.
— BERNAMA