Biasa Orang Berhenti Minum Air Je, Gelagat Peserta Maraton Karaoke Buat Ramai Terhibur
Amalan gaya hidup sihat sememangnya perlu dijadikan trend kerana ia boleh membantu orang ramai untuk turut menjaga kesihatan tubuh badan. Jika anda perasan, sejak beberapa tahun lalu wujud pelbagai trend bersukan dan gaya hidup sihat yang menjadi ikutan ramai.
Antara yang menarik perhatian adalah mendaki bukit dan gunung, brisk walk, pickleball dan larian maraton.
Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu video mencuit hati ketika acara larian maraton di Bintulu, Sarawak.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @khoppe_kaw, beberapa peserta larian dilihat sedang leka berkaraoke ketika acara tersebut.
Sementara mereka sedang menyanyi, peserta lain dilihat sedang gigih menghabiskan larian di acara tersebut.
Perkongsian itu membuatkan ramai terhibur kerana kebiasaannya peserta hanya akan berhenti seketika bagi menyegarkan diri dengan minuman atau makanan.
Ketika ditemu bual oleh SK, pemilik TikTok itu berkata bahawa booth karaoke itu memang dibuka di situ.
“Kebetulan mereka memang busker di Bintulu. Mungkin penganjur jemput untuk memeriahkan suasana di laluan larian peserta.
“Station air lain ada persembahan musik tradisional juga. Memang bagus penganjur Bintulu Marathon kali ini, banyak mengetengahkan budaya tempatan,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan perkongsian tersebut dan berkata mereka mungkin juga akan turut serta jika berada di situ.
“Biar lambat asalkan nyanyi”
“Dia kena pancing supaya tidak menang”
“Jumpa mikrofon terus lupa pace”
“Mantap siap boleh singgah karaoke”
“Kalau aku pun berhenti menyanyi”
Sumber: khoppe_kaw