Orang kata, kalau ada anak kecil ini kena lebih berhati-hati dan sentiasa waspada akan setiap gerak lakunya di mana-mana sahaja.
Bukan apa, bimbang si kecil itu akan menyentuh benda kotor ke, beracun ke, berisiko terkena jangkitan ke dan banyak lagi mudarat lain.
Tapi kadang-kadang apabila melihat tindakan ‘orang putih’, biasanya mereka seakan tidak kisah pun anak kecil mereka bermain di atas rumput, memegang haiwan dan bermandi hujan.
Persoalannya, adakah kita perlu menghalang anak-anak kecil kita berbuat demikian? Bagaimanakah caranya mereka mahu mengenali alam kalau bukan secara langsung?
Seorang ibu, Lin Talib baru-baru ini berkongsi pandangannya mengenai persoalan ini. Jom kita hayati perkongsiannya di bawah ini.
Rapatkan anak dengan alam
Gambar sekadar hiasan | Kredit: Pinterest/GoogleKita mestilah risau sangat kalau anak kita ni suka main hujan. Yelah, nak-nak musim pandemik ini senang sakit, jadi kesihatan kenalah jaga.
Lepas tu pulak suka main tanah. Aduh ini lagi pening. Anak suka sangat main tanah ni risau kotor itu ini.
Kadang-kadang kita ini sebagai ibu bapa terlalu ‘fobia’ dengan tanahlah, itu kotor ini kotor sampaikan ‘terpaksa’ berkurung dalam rumah dan main dalam bilik sahaja.
Ibu-ibu dan bapa-bapa, sesungguhnya Allah ciptakan alam dan manusia supaya kita dapat berinteraksi dan menghargai ciptaan-Nya.
Jika kita jauhkan anak daripada alam yang konon kita rasa kotor, bagaimana anak nak mencintai alam?
Bukanlah ini bermakna ibu bapa sekalian perlu membenam anak dalam lumpur pula. Bukan pula anda biarkan anak bermain hujan dan sungai sesuka hati.
Gambar sekadar hiasan | Kredit: GoogleTapi, pantau dan izinkan mereka meneroka alam.
Biar mereka membelek bunga dan pokok, biar mereka menggenggam tanah dan pasir, biar mereka menikmati air hujan, biar mereka menjemur diri di bawah sinaran matahari.
Ajarkan mereka bawah semua ini adalah makhluk Allah. Semuanya hidup. Dan asbab mereka hidup adalah kerana Allah; Ya Muhyi Yang Maha Menghidupkan.
Luangkan masa bersama mereka (untuk) meneroka jenis-jenis daun dan herba, sama-sama mengumpul koleksi jenis-jenis bunga kerana apabila kita dan alam sudah ‘bercinta’, kita akan lebih mencintai Allah SWT.
Bukankah itu yang kita nak pada anak-anak kita?
Kenali alam untuk pertingkatkan kreativiti anak
Selain itu, eksplorasi alam ini menjentik sudut ingin tahu anak dan kreativiti mereka. Sebelum mereka mencapai usia remaja, mereka adalah seperti ‘energizer’ yang sentiasa bersedia untuk apa jua perkara.
Jadi usia beginilah sangat sesuai kita ‘sumbatkan’ info teori dan praktikal. Jangan teori sahaja. Anak perlukan ‘hands on’ bagi mengenali alam dan memproses input semua perkara.
Pada fasa ini, anak perlu difahamkan tentang ‘sebab dan akibat’ serta ‘reasoning’ terhadap sesuatu perkara yang berlaku.
Dalam fasa ini juga sangat bagus kita mula membina ‘mindset’ kepada anak kita. Jika kita mahukan anak kita jadi pejuang ‘fi sabilillah’, maka mulakan dari awal.
Kredit gambar: Lin TalibDidiknya bersama alam, kerana alam sentiasa berzikir kepada Allah. Moga anak kita juga sentiasa hatinya berzikir mengagungkan Allah.
Terapkan dalam jiwa anak, bahawa Allah jualah penyembuh setiap sesuatu. Allah jualah tempat kita bergantung.
Bagaimana nak ajar mereka? Lihatlah pokok. Jika Allah tak izinkan matahari muncul dan hujan seperti musim sekarang, pokok tak mampu nak hidup.
Tapi pokok juga tak mampu hidup jika panas sahaja tanpa air hujan. Semuanya atas keizinan Allah. Pokok hidup atas kebergantungannya kepada Allah. Ya Muhyi.
Ingat, anak perlu membesar dengan baik, bukan dengan cepat.
Kerana hidup kita bukan satu perlumbaan, tapi ia merupakan satu perjuangan. Siapkan diri anak-anak kita menjadi pejuang, bukan sekadar penonton drama.
Lin Talib,
Ibu sepenuh masa
Pengasas Kit Survival 2021 (separuh masa)
Sumber: Lin Talib