Sabella, sebuah jenama tempatan kini mengorak langkah lebih jauh dalam bidang perniagaan. Siapa sangka, sebuah projek seorang wanita besi yang berniat mahu membantu suami dan ekonomi keluarga hari ini menjadi jenama begitu dikenali di seluruh tanah air.
Bertatih-tatih di awal operasinya, Sabella yang hanya berbekalkan sebuah mesin jahit menyiapkan tempahan baju kurung daripada pelanggan, 1 Januari 2020 menjadi detik indah apabila Sabella berjaya memiliki sebuah kilang sendiri, Sabella Holding Sdn. Bhd, bersaiz 30,000 kaki persegi.

Hari ini, Sabella tidak lagi menoleh ke belakang apabila berjaya mendirikan 220 unit billboard mewah yang ditempatkan di pelbagai lokasi strategik, sebaris dengan jenama-jenama terkemuka di dunia yang lain.


Nah, hari ini berkat dengan niat yang ikhlas dan ilmu perniagaan yang betul, kejayaan demi kejayaan diraih Sabella sehingga kini turut menjadi lubuk rezeki kepada ramai ejen-ejen, dropships dan kakitangan-kakitangan yang bernaung dibawah jenama ini.

Empayar baju kurung tanpa gosok yang dulu hanya diisi dua pekerja, yakni Puan Siti Fatimah dan Tuan Sufian, hari ini sudah berkembang pesat menjadi pasukan yang diisi lebih 100 pekerja.


Jika dahulu hanya sebiji mesin, kini bertambah menjadi lebih 30 mesin jahit. Jika dahulu hanya menyewa di ‘conner lot’, hari ini sudah memiliki sebuah kilang sendiri, dan yang paling mengagumkan, dari sekadar pengiklanan di media sosial, kini jenama Sabella sudah memiliki billboard yang tersergam gah serta mencuri tumpuan jutaan rakyat Malaysia.


Bukan itu je, dengan ilmu perniagaan yang betul berMenThorkan Dr. Azizan Osman, hasil jualan Sabella juga meningkat saban tahun. Kali pertama menjejakkan kaki dalam Program RichWorks dikendalikan pakar motivasi berkenaan, jualan Sabella hanyalah sekitar RM 30,000, kemudian bertambah kepada RM 1 juta dan kini meningkat kepada RM 24 juta dalam masa 3 tahun.

Bagi Puan Siti Fatimah dan Tuan Sufian, segala pahit-jerih dan liku-liku perlu ditempuhi di awal perniagaan terasa berbaloi dengan hasil diraih pada hari ini. Pernah satu ketika, tangan Puan Siti Fatimah sampai bengkak-bengkak, sakit dan tak boleh bergerak ketika menyiapkan 100 tempahan baju kurung tanpa gosok dari pelanggan.


Justeru, tak hairanlah Puan Siti Fatimah dan Tuan Sufian amat berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong perjuangan mereka yang mahu memajukan ekonomi keluarga sambil membantu insan-insan yang lain khususnya kepada ibu bapa mereka berdua serta Mentor Bisnes, Dr. Azizan Osman.
Semoga kisah wanita besi bernama Puan Siti Fatimah yang mahu membantu ekonomi keluarga dan suaminya, Tuan Sufian ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk mengubah perjalanan hidup.

Sabella sedia untuk membantu anda yang senasib dengan dengan Puan Siti Fatimah pada suatu ketika dahulu untuk mengubah kehidupan ke arah lebih baik, lebih-lebih lagi ramai yang terkesan berikutan pandemik Covid-19 yang menyebabkan sebahagian besar ekonomi masyarakat terjejas teruk.
Jom klik link ini https://senang.la/nak/SuksesBersamaSabella agar Sabella dapat membantu anda menjana pendapatan bersama Sabella. Pendaftaran adalah PERCUMA. Terhad kepada 500 orang yang pertama sahaja!