Seorang remaja Indonesia dilaporkan telah mendapat ‘durian runtuh’ iaitu harta peninggalan bernilai £ 400,000 (RM2.3 juta) milik bapanya yang tidak pernah dijumpai olehnya.
Menurut Mirror, remaja perempuan misteri itu akan menerima hasil dari harta yang ditemui di bilik tidur di sebuah rumah di Ramsgate yang merangkumi artifak rare bernilai (£ 20,000) RM116,127 setiap satu.
Difahamkan, rumah tersebut merupakan milik seorang bekas penyunting BBC World Service Afrika Timur, Alexander Thomson, yang meninggal dunia pada September tahun lalu pada usia 71 tahun.
Terdapat banyak barang-barang berharga yang memenuhi ruang rumah itu seperti pasu, bahagian pada kapal dan artifak dari China.
Tidak berkahwin dan wasiatnya tidak ada, para penyiasat cuba mencari anak-anak yang mungkin dimilikinya.
“Hanya seorang daripada dua saudara perempuan Alexander yang mempunyai anak dan tentulah kami merasakan bahawa harta-harta tersebut perlu diwarisi oleh mereka.
“Namun, hasil siasatan yang mendalam termasuk melibatkan pasukan forensik, kami akhirnya dapat mengesan seorang remaja perempuan di Asia,” kata salah seorang penyiasat.
Tambahnya lagi, Thomson yang dilahirkan di Singapura didapati telah berkahwin dengan seorang wanita di Indonesia. Mereka dikurniakan seorang anak yang lahir pada tahun 2006. Perkahwinan tersebut juga dikatakan tidak sah tetapi mereka tidak mendedahkan sebabnya.
Sumber: Mirror