Seperti yang diketahui ramai, anggota keselamatan seperti pihak polis bertungkus-lumus bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia terjamin. Pelbagai pengorbanan dan usaha telah dilakukan oleh mereka tanpa mengeluh.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, anggota polis turut bertugas bagi memastikan rakyat Malaysia mematuhi perintah tersebut. Pun begitu, terdapat juga segelintir masyarakat yang ingkar dengan perintah itu.
Perkara ini sedikit sebanyak menyukarkan tugas pihak berkuasa bagi mengawal dan seterusnya untuk menghentikan rantaian Covid-19.
Dalam satu perkongsian yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat satu foto yang memaparkan seorang anggota polis menjamah makanan berbumbungkan langit dan terik matahari.
Foto tersebut telah membuatkan warganet di media sosial tersentuh hati dan sebak apabila mengenangkan nasib mereka yang terpaksa berkorban masa dan tenaga demi memastikan keselamatan negara terjaga.





Ada juga warganet yang memberi semangat serta mendoakan agar kesihatan semua anggota ‘frontliner’ yang bertugas sentiasa dalam keadaan baik.





Justeru daripada itu, sebagai rakyat biasa, kita juga boleh membantu negara dalam perjuangan memerangi wabak Covid-19 ini dengan hanya perlu duduk di rumah sahaja.
Sama-samalah kita membantu bagi meringankan tugas anggota barisan hadapan kita.
Sumber: PDRM