Seorang wanita dilaporkan telah merobohkan rumah yang dihuni oleh bekas suami dan anak-anaknya kerana geram dengan sikap bekas suaminya yang tidak bertanggungjawab.
Menurut Tribun News, isteri baharu bekas suami wanita itu juga tinggal di situ.
Wanita yang berusia 40 tahun itu menghabiskan sebanyak Rp 5 juta (RM1,424) untuk biaya merobohkan rumah yang merupakan harta sepencarian itu di Dusun Tegalan, Daerah Trowulan, Kabupaten Mojokerto.
Tindakannya itu adalah susulan daripada kegagalan bekas suaminya untuk membayar pampasan dari harta tanah itu yang jika dibahagi bersama berjumlah sebanyak Rp 30 juta (RM8,547).
Dia juga mengakui berdendam dengan tindakan bekas suaminya yang dianggap tidak bertanggungjawab setelah bercerai dan pada masa yang sama meminta haknya dalam bentuk rumah dari tempat kediaman anak perempuannya.
Gambar Via Tribun JatimWanita itu juga sanggup membelanjakan berjuta-juta rupiah untuk kos mengupah 10 orang yang merobohkan rumah tersebut.
“Saya marah dan sakit hati, 20 tahun saya memendam rasa, saya yang membuat rumah itu tetapi kini dia tinggal bersama isteri baharunya,” katanya.
Tambahnya, dia juga kesal kerana rumah itu sepatutnya diduduki oleh anak mereka tetapi bekas suaminya tidak juga meninggalkan rumah itu.
“Saya sudah beritahu padanya supaya keluar dari rumah itu, ia hak anak kami,” katanya.
Justeru, tindakan merobohkan rumah itu terpaksa dilakukan lantaran rundingan di antara mereka tidak dilaksanakan dengan sebaiknya di mana bekas suaminya tidak memberikan pampasan seperti yang dijanjikan.
Sumber: Tribun News