Bekas Presiden FIFA, Sepp Blatter Akui Pilih Qatar Sebagai Tuan Rumah Piala Dunia Satu Kesilapan
Bekas Presiden Fifa, Sepp Blatter berkata keputusan untuk memberikan mandat kepada Qatar sebagai negara tuan rumah untuk Piala Dunia 2022 merupakan satu kesilapan.
Blatter, 86, merupakan presiden bagi badan bola sepak dunia itu ketika Qatar ditabalkan sebagai tuan rumah pada 2010.
Difahamkan, Negara-negara Teluk menjadi tumpuan kritikan di atas beberada dasar terhadap beberapa kara yang didakwa dilaksanakan oleh negara-negara tersebut.
“Ia merupakan negara yang kecil. Bola sepak dan Piala Dunia terlalu besar untuknya,” beliau memberitahu surat khabar Switzerland, Tages Anzeiger.
Untuk makluman, Piala Dunia Qatar merupakan perlawanan bola sepak dunia pertama diadakan di Timur Tengah sepanjang 92 tahun sejarah penganjurannya.
Ia diadakan semasa musim sejuk bagi Hemisfera Utara bermula daripada 20 November sehingga 18 Disember. Penganjuran pada tarikh tersebut mendapat kritikan daripada beberapa pemerhati bola sepak memandangkan liga-liga utama bola sepak dunia turut dijalankan.
Antara yang dibangkitkan adalah kecederaan para pemain ketika beraksi dalam liga dan menjejaskan peluang mereka untuk beraksi di temasya empat tahun sekali itu.
Kredit: 2022 World Cup QatarSebelum ini, pihak jawatankuasa eksekutif Fifa telah mengundi Qatar untuk menjadi tuan rumah bagi acara tersebut bersama calon tuan rumah lain iaitu, Amerika Syarikat dengan undian 14-8, 12 tahun lepas. Pada masa yang sama, Rusia telah ditabalkan sebagai tuan rumah untuk 2018.
Blatter mengatakan bahawa beliau telah mengundi Amerika Syarikat dan menyalahkan Presiden UEFA, Michel Platini kerana memberi undian kepada Qatar disebabkan terdapat permintaan daripada negara tersebut.
“Ia merupakan pilihan yang teruk dan saya bertanggungjawab sebagai seorang presiden pada ketika itu.
“Terima kasih kepada empat undian yang diberikan oleh Platini dan tim UEFAnya, Piala Dunia akan diadakan di Qatar bukannya, Amerika Syarikat. Ia merupakan satu kenyataan,” katanya lagi.
Sumber: BBC