Kuala Lumpur, 2 Mac – Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui twitternya berkata kakitangan Khazanah yang disahkan positif COVID-19 telah berhubung rapat dengan bekas menteri dan bekas timbalan menteri dalam satu acara tiga hari lalu.
Dalam kenyataan di Twitter, Wong Chen berkata ujian sedang dijalankan ke atas bekas menteri dan bekas timbalan menteri yang terlibat.
“Ujian sedang dijalankan ke atas bekas menteri dan bekas timbalan menteri.
“Bekas menteri dan bekas timbalan menteri telah menghadiri banyak mesyuarat politik sepanjang krisis seminggu itu,” katanya.
Sebentar tadi, Khazanah mengesahkan salah seorang kakitangannya telah disahkan positif koronavirus.
Individu berkenaan adalah Ketua Penyelidikan & Strategi Pelaburan Khazanah merangkap Pengerusi UDA Holding, Datuk Hisham Hamdan.


Sumber: Wong Chen