Bazar Merdeka HABIB Lakar Hari Istimewa Buat Pelanggan Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-67
AMPANG, 26 OGOS 2024: Sebagai persediaan menyambut kemerdekaan negara, HABIB, jenama barangan kemas tempatan, terus komited untuk memelihara keindahan dan keunikan Malaysia. Antara usaha yang dilaksanakan adalah dengan mengetengahkan tema tradisional dan seni kraf tempatan pada kempen-kempen utamanya sebelum ini seperti seni anyaman dan tekat.
Tahun ini, sempena bulan bersejarah, HABIB mengangkat keunikan mercu tanda di serata Malaysia termasuk di kawasan Sentral, Utara, Selatan, Pantai Timur dan Borneo Malaysia yang terkenal dengan kecantikan dan budaya tersendiri.
Keindahan dan tarikan utama setiap lokasi diterjemahkan pada rekaan Koleksi Wafer Emas 999.9 Edisi Tanah Airku dan ‘window display’ di bilik pameran HABIB seluruh negara, demi memperjuangkan kekayaan warisan dan seni ketukangan negara.

Kepelbagaian ini secara simboliknya menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa, penuh keharmonian dan
perpaduan. Jualan Merdeka HABIB yang berlangsung sepanjang bulan Ogos sehingga 1 September 2024, mendapat sokongan dan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.
Justeru itu, HABIB melakar sesuatu yang lebih istimewa pada kemuncak jualan ini melalui Bazar Merdeka yang menampilkan lebih banyak tawaran dan koleksi menarik untuk pelanggan.
Bazar Merdeka HABIB, bermula 30 Ogos sehingga 1 September 2024 menyediakan pelanggan dengan
pelbagai tawaran menarik seperti:
● Harga istimewa RM238 untuk loket emas 999 daripada koleksi Mekar, khas buat 50 pelanggan terawal sementara stok masih ada.
● Potongan sehingga RM50 segram untuk barangan kemas emas 916 terpilih.
● Diskaun sehingga 70% untuk barangan kemas berlian dan batu permata terpilih.
● Percuma jam tangan Ice Smart 2.0 untuk pembelian barangan kemas bernilai RM10,000 ke atas dalam satu resit.
● Hadiah istimewa untuk pembelian barangan kemas bernilai RM5,000 ke atas dalam satu resit.
Khusus di bilik pameran HABIB Ampang Point dan HABIB II @ Ampang Point, khemah dibuka dan juadah disediakan untuk pelanggan nikmati sambil membeli belah dan waktu operasi dilanjutkan sehingga jam 10.00 malam pada 31 Ogos 2024.
Sempena bulan kemerdekaan ini juga, muzium barangan kemas warisan dan galeri seni HABIB yang dikenali sebagai HARTA, terletak di atas HABIB II @ Ampang Point, menampilkan pameran baharu bertemakan kemerdekaan.

Ia merupakan sebagai salah satu usaha dan dedikasi HABIB untuk memartabatkan warisan budaya Malaysia pada masa yang sama memberi peluang kepada pengunjung untuk menghayati sejarah Kemerdekaan Malaysia.
Pameran yang berjudul Kenangan dan Pesan, diolah oleh penggemar seni Pakhruddin Sulaiman, menekankan dua aspek pada pertunjukan seninya iaitu Kenangan – pendedahan mengenai idea dan nilai kepada masyarakat, dan Pesan – yang mengingatkan kita tentang sesuatu yang lebih baik yang harus kita perjuangkan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi kami di www.habibjewels.com dan ikuti media sosial rasmi HABIB di Instagram dan TikTok (@habibjewelsofficial), Facebook dan LinkedIn (@HABIB) untuk maklumat terkini.