Baru-baru ini tular beberapa foto mengenai seorang bayi yang didakwa meminta sedekah di Uptown Perda, Pulau Pinang.
Menerusi perkongsian yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Sonya Pilatus ini, bayi tersebut dipercayai telah ditinggalkan bersendirian di dalam sebuah stroller bersama-sama dengan sebuah tabung derma dihadapannya.

Lebih menyedihkan lagi, bayi itu telah ditinggalkan bersendirian di dalam hujan tanpa baju sejuk atau selimut untuk melindunginya daripada kesejukan.
Menurut Sonya Pilatus, bayi tersebut didakwa terpaksa meminta sedekah bagi pihak ibu bapanya demi untuk melunaskan hutang yang dipinjam daripada ah long.

Menerusi satu foto yang di ambil dari perbualan di whatsapp, ibu bapa kepada bayi tersebut terpaksa membayar RM 38 sehari kepada pihak ah long bagi melunaskan hutang yang telah dibuat oleh mereka.

Foto bayi tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi tidak senang dari netizen di Facebook antaranya ialah:






Sumber: Sonya Pilatus