Seorang bapa saudara yang membunuh seorang bayi dengan menggoncangnya ketika dia menangis agar dapat menonton perlawanan bola sepak dipenjarakan selama 9 tahun.
Lelaki berusia 31 tahun tersebut telah membunuh mangsa ketika ibunya keluar. Mereka tinggal di sebuah rumah yang sama di Coventry dan kejadian tersebut di laporkan berlaku pada 29 Jun 2018.
Mangsa ditinggalkan tidak bermaya selepas bapa saudaranya didakwa menggoncangkan tubuhnya untuk mendiamkannya supaya dia boleh menonton siaran perlawanan bola sepak dengan tenang, menurut mahkamah.
Bayi berusia tiga bulan itu menderita kecederaan kepala yang serius dan meninggal dunia dua hari kemudian di Hospital Kanak-Kanak Birmingham.
Ibu mangsa meminta bantuan adiknya untuk menjaga mangsa ketika dia pergi menghantar tiga orang anaknya ke sekolah. Sementara itu bapa mangsa turut berada di tempat kerjanya.
Ketika disoal di mahkamah, pelaku menafikan dengan keras bahawa dia menggoncang anak saudaranya itu.
Walau bagaimanapun, keputusan post-moterm telah membuktikan bahawa bayi tersebut meninggal dunia akibat kecederaan otak yang parah di sebabkan oleh gegaran secara tidak sengaja di Coventry pada 29 Julai 2018.
Semasa perbicaraan berlansung, pelaku mendakwa bahawa anak saudaranya mungkin telah dicederakan oleh adik beradiknya yang lain. Dia turut menuduh datuk kepada anak saudaranya itu memberikan bantuan pernafasan dengan kasar kepada bayi tersebut.
Detektif Inspektor Michelle Allen turut mengatakan bahawa mangsa merupakan seorang bayi yang sihat dan gembira. Dia juga sangat disayangi oleh ahli keluarganya. Dan mereka sangat sedih dengan pemergian si kecil itu.
Pelaku telah di lepaskan dari tuduhan pembunuhan (murder) tetapi di dapati bersalah atas kesalahan membunuh (manslaughter) dan dipenjarakan selama sembilan tahun di Mahkamah Warwick Crown.
Sumber: The Sun