Umum telah mengetahui bahawa kes wabak pandemik COVID-19 makin meningkat dan semakin memburuk di negara kita sejak akhir-akhir ini.
Setiap hari, ada sahaja nyawa yang terkorban akibat daripada virus yang membawa maut ini.
Terbaru, satu kisah yang menyayat hati membabitkan kisah kematian seorang bayi lelaki yang berusia 38 minggu ini telah dikongsikan oleh akaun Twitter rasmi abatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Menurut ciapan tersebut, bayi tersebut merupakan korban yang termuda meninggal dunia akibat virus COVID-19.
Lebih memilukan lagi, ibu kepada bayi tersebut dilaporkan masih bertarung nyawa di unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital.
Sementara itu, bapanya bersama dengan 8 orang lagi anaknya sedang dikuarantin di rumah.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian dari Twitter Jawi itu seperti berikut:
Sumber: JAWI Official