
Kuala Lumpur, 16 April 2025 – Selepas kejayaan di IOI City Mall, Bas vivo VShareLove kini meneruskan jelajahnya — kali ini ke Pulau Pinang dan Johor Bahru! vivo Malaysia teruja untuk membawa jelajah seluruh negara ini kepada lebih ramai rakyat Malaysia, merayakan cinta dalam pelbagai bentuk dan mengajak semua untuk merakam momen terindah dalam hidup dengan vivo V50.
Bersedia untuk lebih banyak momen menarik bersama acara Bas vivo V50 VShareLove yang akan ditempatkan di:
Pulau Pinang
📍 Tempat: Alfresco, Gurney Plaza, Pulau Pinang
📅 Tarikh: 17 – 20 April 2025
🕐 Masa: 1 Petang – 9 Malam
Johor
📍 Tempat: Pintu Masuk A, Sutera Mall, Johor Bahru
📅 Tarikh: 24 – 27 April 2025
🕐 Masa: 1 Petang – 9 Malam

Pengunjung berpeluang untuk merasai sendiri kehebatan fotografi potret menerusi vivo V50 yang dilengkapi dengan ZEISS Multifocal Portrait dengan jarak fokus 23 mm, 35 mm dan 50 mm — direka untuk menghasilkan potret yang menakjubkan dan bertaraf profesional dalam apa jua situasi. Naiki Bas VShareLove dan cuba sendiri ZEISS Professional Portrait PhotoBooth yang menampilkan bagaimana sistem kamera canggih vivo menghidupkan setiap bentuk cinta — daripada keluarga dan persahabatan, kepada ekspresi diri dan hubungan dengan alam semula jadi.
Bas VShareLove juga menampilkan pelbagai sudut Instagrammable yang sempurna untuk merakam kandungan bergaya, dan para pengunjung boleh mencetak gambar photobooth mereka sebagai kenang-kenangan istimewa.
Para pengunjung juga boleh menikmati minuman menyegarkan sumbangan vivo Malaysia dan MOMOYO Malaysia! Hanya ikut vivo Malaysia dan MOMOYO Malaysia di media sosial, kemudian tunjukkan kepada kru untuk menebus minuman di lokasi. Penebusan terhad kepada satu minuman bagi setiap pengguna selagi stok masih ada.

Sempena jelajah ini, vivo Malaysia menjemput semua pencinta fotografi dan jiwa kreatif untuk menyertai peraduan “Portrait-graphy So Pro”. Sama ada anda merakam swafoto penuh makna, momen spontan keluarga atau gambar berkumpulan yang kreatif, inilah masa untuk anda bersinar.
Hadiah bernilai sehingga RM6,000 menanti peserta bertuah, termasuk Hadiah Utama — vivo V50 Ancora Red, peranti bergaya dan berkuasa khas buat peminat potret. Pemenang mingguan juga berpeluang memenangi hadiah menarik seperti Jam K58 dan fon telinga TWS 3e — rakan harian ideal untuk gaya hidup dan minat kreatif anda. Peraduan ini terbuka kepada semua pengguna telefon pintar.
Kongsikan gambar potret individu di platform media sosial pilihan anda, dengan tema bebas! (Pengguna vivo digalakkan untuk mengaktifkan watermark)
Tambah hashtag berikut:
#vivoV50PortraitgraphySoPro #ZEISSPortraitSoPro #VShareLove
Tag & Jemput: Tag @vivo_Malaysia dan dua rakan untuk turut serta!
Jangan lepaskan peluang untuk menonjolkan kreativiti anda, zahirkan cinta melalui fotografi, dan menangi hadiah menarik.
Bas VShareLove bukan sekadar pameran teknologi — ia adalah satu gerakan yang meraikan kisah, hubungan dan komuniti. Sertai kami di Pulau Pinang dan Johor Bahru untuk alami keajaiban fotografi potret yang dikuasakan oleh vivo dan diilhamkan oleh cinta.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi vivo Malaysia atau ikuti saluran media sosial rasmi vivo Malaysia:
🌐 Laman Web Rasmi: https://www.vivo.com/my
📘 Facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/
📸 Instagram: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/