Demi memutuskan rantaian COVID-19, kerajaan telah memerintahkan orang ramai agar terus duduk di rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun, ada segelintir pihak yang tetap mengendahkan perintah itu, sebaliknya keluar rumah sesuka hati tanpa sebarang keperluan mustahak. Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, seramai 9,090 individu ditahan akibat ingkar PKP, manakala jumlah kompaun yang dikeluarkan adalah 4,036 kompaun setakat semalam.
Hal ini turut mendapat perhatian seorang doktor di Seremban, Ahmad Luqman Bukhari. Katanya, beliau sering mendengar ramai orang mula membanjiri zon merah itu seolah-olah PKP semakin longgar.
Menurut beliau lagi, sebanyak 42 kes positif COVID-19 baru telah dicatatkan semalam di Negeri Sembilan dengan 41 daripadanya melibatkan daerah Seremban. Mari baca perkongsian beliau.

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari