Hari ini sahaja (25 Disember 2019), 4 gempa bumi telah direkodkan oleh Jabatan Geologikal Amerika Syarikat. Kesemua gempa bumi tersebut direkodkan dengan kekuatan gempa lebih 5.0 skala richter untuk setiap satu kawasan.
Adakah bumi ini semakin tua dan sudah hampir tiba masa untuk usia bumi ini sampai ke penghujungnya? Berdasarkan penulisan Jabatan Mufti Melaka, terdapat 10 tanda-tanda kecil kiamat yang penulis percaya kebanyakan tanda-tanda tersebut sudah terjadi di dunia ini.

Urusan agama ditadbir oleh orang bukan ahlinya
Wanita menerupai lelaki dan lelaki menyerupai wanita
Amalan riba’ berleluasa
Maksiat berleluasa
Banyak berlaku peperangan, pembunuhan dan fitnah
Banyak berlaku bencana alam
Wanita lebih ramai dari lelaki
Ramai wanita mendedahkan aurat
Anak derhaka pada ibunya
Manusia berlumba-lumba membina bangunan tinggi
Gemba bumi tergolong dalam bencana alam dan Mufti Melaka menyenaraikan point tersebut pada point no.6. Maka jelaslah disini satu daripada 10 tanda tersebut sudah kerap terjadi. Banyak lagi bencana alam yang telah berlaku seperti ribut taufan, tsunami, tanah runtuh, banjir besar dan kemarau.
Adakah kita sudah bersedia?
Sumber: Mufti Melaka, Earthquake Alert