Sebuah pasar raya di China telah membantu ibu bapa untuk menjejaki anak mereka yang hilang dengan menjual botol air mineral yang berlabel maklumat lengkap mengenai anak mereka yang hilang.
Bungkusan produk pada botol mineral telah dicetak dengan gambar dan maklumat kanak-kanak yang hilang dijual di sebuah kedai runcit di bandar China utara Xi’an.

Air botol yang dicetak dengan iklan kanak-kanak yang hilang adalah satu kempen yang dimulakan oleh ‘Baby Come Home’ iaitu sebuah badan amal yang utama di China bagi membantu keluarga yang kehilangan anak mereka.
Organisasi itu telah bekerjasama dengan sebuah syarikat minuman untuk menjual air dengan meletakkan label maklumat mengenai kanak-kanak yang hilang. Label tersebut mengandungi gambar kanak-kanak bersama lokasi dan tarikh kanak-kanak itu hilang dan diletakkan bersama tarikh lahir.

Mereka telah memilih untuk meletakkan ayat ‘Tidak kira siapa anda, tolong bantu anak kami pulang ke rumah’ pada iklan tersebut. Kes penculikkan kanak-kanak di China merupakan diantara kes yang paling serius. Kira-kira 200,000 kanak-kanak dianggarkan hilang setiap tahun.

Justeru itu, setiap maklumat pada botol minuman berkenaan akan dikemas kini secara berkala sebaik sahaja kanak-kanak itu dijumpai. Tambahan pula, organisasi ini turut bekerjasama dengan perniagaan China untuk membantu memperluaskan pencarian kanak-kanak yang hilang dengan memaparkan iklan tersebut.

Sumber: Dailymail