Buli adalah satu gejala negatif yang perlu dihentikan serta-merta. Lebih teruk lagi, gejala ini biasanya terjadi ketika di bangku sekolah dan jika dibiarkan, ia mampu memberi kesan buruk, baik kepada mangsa atau pelaku di masa akan datang.
Ia tidak semestinya melibatkan sentuhan seperti pukul, tetapi kata-kata yang keluar dari mulut juga boleh mengakibatkan seseorang itu disakiti sekaligus menyebabkan keyakinan dirinya turun mendadak.
Itulah yang dikongsikan oleh selebriti tanahair, Haneesya Hanee melalui akaun Instagram-nya baru-baru ini. Dalam kiriman itu, beliau menceritakan apa yang terjadi kepada adik lelakinya yang merupakan mangsa buli di sekolah.
Sumber: IG haneesyahanee