Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz menerusi pembentangan bajet 2023 sebentar mengumumkan Bantual Awal Persekolahan akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Lebih menggembirakan, jumlah bantuan tersebut meningkat daripada RM 100 kepada RM 150 bagi setiap murid.
Misalnya, bagi ibu bapa yang mempunyai 2 anak yang masih bersekolah, mereka akan menerima sebanyak RM 300 secara keseluruhan.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Bajet 2023 Keluarga Malaysia Makmuk Bersama sebentar tadi. Menerusi bajet tersebut, kerajaan memperuntukkan keseluruhan sebanyak keseluruhan RM 372.3 bilion untuk Bajet 2023, berbanding RM 332.1 bilion yang diperuntukkan dalam Bajet 2022.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM 272.3 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, RM 95 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, RM 5 bilion dibawah Kumpulan Wang Covid-19 serta RM 2 bilion disediakan sebagai Simpanan Luar Jangka.
Sumber: Kementerian Kewangan