Seorang warden asrama di Jalan Anco Daeng Ngoyo, Daerah Panakkukang, Kota Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia telah ditahan pihak polis selepas didakwa melakukan pencabulan terhadap seorang wanita yang tinggal di asrama tersebut, lapor portal Lintas Terkini.
Menurut maklumat, modus operandi yang dilakukan oleh suspek adalah menawarkan khidmat rawatan tradisional menghindari gangguan jin atau makhluk halus kepada warga asramanya.
Ketua Subunit 2 Jatanras Polis Makassar ipda Nasrullah menyatakan bahawa sempat terjadi aksi kejar-mengejar diantara polis dan suspek di Jalan Anco Daeng Ngoyo semasa penahanannya pada hari Rabu.
“Ketika suspek didatangi oleh pihak polis, dia telah berlari dan bersembunyi rumah asrama tersebut. Namun begitu, pihak polis yang melakukan risikan berhasil menjejakinya,” kata Ipda Nasrullah.
Dia turut menjelaskan bahawa mangsa pada awalnya mengadu sakit, dan ianya telah membuatkan suspek menawarkan rawatan.
Suspek didakwa telah mengumpan mangsa dengan menyatakan bahawa dia boleh menyembuhkan mangsa agar tidak diganggu oleh jin atau roh.
Oleh kerana terpedaya dengan suspek, mangsa difahamkan telah pergi ke bilik suspek dan menanggalkan pakaiannya sebagai syarat ritual rawatan itu dan seterusnya dicabul.
“Setelah mangsa menanggalkan pakaiannya, suspek telah memperkosa mangsa. Tidak dapat menerima kelakuan tersebut, mangsa telah bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis,” katanya.
Suspek dilaporkan telah berjaya ditahan dan sedang menunggu untuk didakwa.
Sumber: Lintas Terkini