Tiada Kategori

Ayam Goreng Korea Baru K Fry Kini Lebih Mantap Dengan Pilihan Empat Jenis Sos

Nur Farra

Siapa yang suka ayam goreng gaya Korea, ini berita baik untuk anda. Rangkaian restoran popular K Fry Urban Korean kini memperkenalkan menu terbaharu mereka, Jjuk Jjuk 4 Sauces Drumsticks, lengkap dengan empat jenis sos istimewa dan gaya hidangan baharu yang lebih segar dan ‘instagrammable’.

Dikenali sebagai antara restoran ayam goreng Korea Halal yang paling digemari rakyat Malaysia, K Fry sentiasa terkenal dengan konsep “makan sambil berkongsi”, sesuai untuk lepak dengan kawan atau makan bersama keluarga.

Empat Sos, Empat Rasa Berbeza

Menu Jjuk Jjuk 4 Sauces ini menggabungkan dua perisa baharu dengan dua sos kegemaran peminat K Fry:

  • Garlic Parm Truffle Aioli (baharu) – Sos ni memang ‘winner’. Lembut, berlemak, ada bau truffle yang wangi dan rasa bawang putih panggang yang ‘rich’. Sedap, dan mungkin yang paling ‘fancy’ antara semua.

  • Chilli Padi Aji Verde (baharu) – Nama dia macam nak pedas berapi-api, tapi sebenarnya tak pedas sangat. Ada rasa ketumbar, mint, dan herba yang buatkan sos ni unik dan segar. Rasa dia pelik sikit mula-mula, tapi makin lama makin sedap, macam ‘acquired taste’.

  • Spicy Yangnyeom – Klasik sos di K Fry. Gabungan manis, pedas, dan masin, rasa Korea yang sebenar.

  • Honey Mustard – Lembut dan manis, dengan sedikit ‘kick’ dari mustard. Sesuai untuk yang tak tahan pedas.

Yang buat hidangan ni lebih ‘extra’ ialah hidangan sampingan; Pa Muchim (salad daun bawang pedas) dan Chicken Mu (lobak putih jeruk).

Pa Muchim ni jangan pandang rendah. Rasa dia pedas sampai boleh buat mata berair, tapi dalam masa sama buatkan ayam rasa lebih ‘balance’ dan segar. Pedas yang puas hati!

Vibe Baharu, Hidangan Lebih ‘Wow’

K Fry juga tampil dengan gaya plating dan persembahan hidangan yang baharu, lebih berwarna, lebih kemas, dan nampak ‘premium’. Setiap hidangan, termasuk menu lagenda seperti K’razy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk dan Bingsoo dessert, kini nampak lebih menarik untuk dikongsi di media sosial.

Menurut Ismail Bin Sulaiman, Pengarah Operasi K Fry Urban Korean,

“Ramai pelanggan datang bukan sekadar untuk makan, tapi untuk nikmati suasana dan kongsi detik bersama. Kami mahu setiap hidangan rasa istimewa, dari rasa sampai ke persembahan.”

Pendek kata, kalau anda peminat ayam goreng Korea, Jjuk Jjuk 4 Sauces Drumsticks ni memang wajib cuba. Tapi hati-hati ya, Pa Muchim dia boleh buat anda menangis, dan Truffle Aioli pula boleh buat anda jatuh cinta.