Seorang bapa di North Wales terpaksa menjual kereta keluarganya selepas anaknya yang berusia tujuh tahun secara tidak sengaja membayar bil bernilai £1,300 (kira-kira RM7,481.50) semasa bermain permainan video di telefon pintarnya.
Menurut Daily Mail, Muhammad yang merupakan seorang doktor telah menerima bil sebanyak £1,289.70 selepas anaknya membuat beberapa pembelian dalam aplikasi semasa bermain versi percuma permainan tersebut.
Mutaza yang pada awalnya menyangka telah ditipu mendakwa, dia telah menerima 29 resit transaksi yang dihantar pada emel berjumlah sekitar £1.99 (RM11.45) sehingga £99.99 (RM575.44) melalui emel yang jarang diperiksanya.
Jelasnya, dia tidak menyedari permainan itu menawarkan pembelian dalam aplikasi tanpa had sehingga £99.99 (RM575.44) sekaligus percaya kanak-kanak berkenaan telah menghafal kata kunci miliknya secara senyap-senyap.
Berikutan itu, dia terpaksa menjual Toyota Aygo miliknya bagi menanggung kos pembelian berkenaan selepas kanak-kanak itu bermain permainan berkenaan selama satu jam.
“Mulanya, saya ingat ditipu. Tak pernah terfikir boleh habis duit sebanyak itu untuk permainan kanak-kanak,” katanya.
Gambar: Daily MailUjar Mutaza, anaknya telah ‘ditekan’ untuk membuat pembelian berulang kali kerana takut wataknya di dalam permainan itu mati.
Lelaki yang sebelum ini melarang anaknya bermain permainan berbayar tidak menyangka
“Ia tak dihadkan kepada satu klik sehari, anda boleh tekan ‘beli’ 10,000 kali dan berbelanja berjuta pound dalam masa setengah jam,” tambahnya.
Dia dikatakan telah mengadu kepada syarikat itu serta menerima bayaran balik bernilai £207 (bersamaan RM1,191.28) dari syarikat itu.
Bagaimanapun, Mutaza dikatakan sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas syarikat berkenaan.
“Tahniah, anda dah ‘robek’ saya, tahniah, anda dah berjaya ‘robek’ anak saya. Anda dah perdayakan dia,” katanya kepada pegawai khidmat pelanggan syarikat itu.
“Tapi saya takkan belanja satu sen lagi untuk kamu,” katanya yang telah menjadi pelanggan produk itu sejak 2005.
Tambah Daily Mail, syarikat itu menjelaskan ciri ‘Ask to Buy’ pada produk mereka telah diaktifkan secara default untuk kanak-kanak berusia bawah 13 tahun.
Sumber: Daily Mail