
Misteri kehilangan Mohd Haziq akhirnya terjawab apabila mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, Phee Boon Poh.
Wisma Putra semalam mengeluarkan kenyataan rasmi mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Haziq.
Hari ini, jenazah Haziq telah selamat disemadikan bersama mangsa serangan Christchurch yang terkorban Jumaat lalu.
Perkongsian daripada Twitter Sumisha Naidu yang merupakan seorang wartawan, berkongsi keadaan sekitar upacara pengebumian tersebut.
Walau bagaimanapun, menurutnya tidak ada sebarang kamera atau video dibenarkan ketika upacara itu berlangsung.
Ayahnya, Mohd Tarmizi Shuib antara yang turut tercedera dalam serangan itu dilihat mengiringi pengebumian Haziq.
Semoga Haziq dan mangsa yang terkorban ditempatkan dikalangan orang yang beriman, serta dikuatkan hati ahli keluarga mereka.
Sumber: sumishanaidu