Sayu membaca perkongsian yang diceritakan seorang pengguna Twitter, Muna Rahimah. Tak dapat dibayangkan bagimana nasib anak-anak lain yang masih kecil memanggil-memanggil dan mencari si ibu yang sudah tiada lagi meninggalkan mereka.
Bagaimana pula perasaan dan nasib si suami yang kehilangan tempat bergantung?
Kisah ini mengisarkan seorang wanita yang bertarung nyawa dan terkorban semasa bertarung nyawa melahirkan zuriatnya yang keempat.
Walaupun si ibu tidak dapat diselamatkan, namun bayi perempuan seberat 1.9kg berjaya dilahirkan dengan baik.