Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) hari ini telah memaklumkan mengenai status aras air di lembangan Sungai Pahang di lima daerah.
Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di Facebook, aras air Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera dan Sungai Pahang di Water Front, Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Sungai Pahang di Lubuk Pasu dan di Kuala Kurau dan Sungai Pahang di Lubuk Paku berada dalam keadaan bahaya.
Manakala, aras air Sungai Pahang di Paloh Hinai berada pada aras amaran.
Susulan itu, penduduk dinasihatkan agar bersiap sedia dan sentiasa berwaspada.
“Sila patuhi arahan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” kata JPS menerusi kenyataan itu.

Sumber: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia