Individu yang menerima vaksin Sinovac kini boleh menarik nafas lega sekiranya berhajat untuk menunaikan umrah atau haji pada masa akan datang.
Hal ini susulan penerimaan kerajaan Arab Saudi terhadap kemasukan individu yang menerima vaksin tersebut ke negara berkenaan. Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebentar tadi.
“Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.
“Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang,” katanya.
Antara jenama vaksin lain yang tersenarai ialah Pfizer, Moderna, Astrazeneca, Janssen dan Sinopharm.