VIJAYAWADA- Sekitar tengah malam, A Siva Kumar dan Shyam menerima makluman bahawa wanita tua terjatuh ke dalam perigi di rumahnya. Hal ini, penduduk setempat berusaha untuk membantu tetapi pertolongan tidak dapat diteruskan atas sebab kedalaman perigi dan suasana yang gelap.
Dalam beberapa minit, anggota polis sampai di tempat kejadaian dan mendapati wanita tua itu, B Savitri yang hendak lemas. Namun disebabkan tiada tangga mahupun tali di sekitar, Siva Kumar mengambil keputusan untuk melompat masuk ke dalam perigi.
“Satu-satunya yang mampu saya fikirkan adalah menyelamatkannya. Saya mengimbangi wanita tua itu di pangkuan saya agar dia tidak lemas,” kata Siva Kumar kepada The New Indian Express.
Di kala itu, anggota polis dan penduduk yang lainnya berusaha mencari tali untuk membantu menarik keluar. Penduduk setempat menghubungi hospital berhampiran untuk menghantarkan perubatan untuk merawat wanita tua tersebut. Namun begitu, kakitangan hospital tidak dapat datang ke tempat kejadian.
Oleh itu, Siva Kumar menghubungi Pengamal Perubatan Berdaftar (RMP) untuk datang dan memberikan bantuan perubatan kepada wanita tua itu.
Sumber: India Times