Perkembangan politik di Malaysia semakin menarik dengan rakyat ternanti-nanti siapakah individu yang bakal menjadi Perdana Menteri dan ahli kabinet yang baru.
Baru-baru ini, Ahmad Maslan memuatnaik beberapa keping gambar saat majlis perwakilan pembangkang menaiki bas dalam rombongan menuju ke Istana Negara hari ini.
“Sejarah politik yang menarik. Pada 3.20 petang 25 Feb 2020. YB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO, YB DS Najib Razak, YB DS Dr Wee Jeck Seng, saya dan semua MP BN dan PAS.
“Kami membuat keputusan penting demi manfaat rakyat dan negara,” tulisnya.
Sumber: Ahmad Maslan