Satu tinjauan pendapat mendapati sebanyak 12% individu berumur 24-35 tahun di United Kingdom percaya bahawa dunia dikawal oleh makhluk asing cicak yang berupa manusia, lapor Daily Star.
Lebih seorang daripada 10 individu milenial atau generasi Y yang mempercayai pendapat berikut.
Menurut bekas penyampai berita BBC dan penjaga gol Herefold United, David Icke menyatakan bahawa makhluk asing reptilia yang berubah bentuk itu telah memerintah Bumi selama berabad lamanya.
Beliau yang juga merupakan pejuang Teori Konspirasi Reptilia, mendakwa bahawa perintah termasuk presiden Amerika Syarikat dan ahli keluarga tertentu sebagai ‘humanoids reptilia’ yang mengawal dan memanipulasi masyarakat untuk keuntungan sendiri.
Icke, 69, mempunyai penyokong daripada hampir 50 buah negara dan sering memberikan syarahan tentang kepercayaannya kepada hampir 6000 pengikut.
Kajian yang dibuat terhadap 2000 warga Britain tersebut mendapati bahawa golongan milenial ialah antara individu yang ramai mempercayai tentang perkara tersebut.
Dari kajian yang sama, hanya 2% daripada mereka sahaja yang berumur 55 tahun ke atas yang yakin dengan idea tersebut.
Teori aneh itu dikatakan muncul selepas menteri-menteri di Britain digesa untuk mengambil tindakan lebih tegas ke atas mana-mana syarikat media sosial yang gagal memadamkan kandungan bersifat antivaksin.
Sumber: Daily Star