Jika dilihat … kebelakangan ini kita cenderung memberikan pancing kepada mereka yang memerlukan.
Berdasarkan beberapa pancing kita beri sebelum ini, Alhamdulillah ada yang sudah mampu mengupah pekerja walaupun hanya sebuah warung goreng pisang.
“Puan Ronama sangat berharap … dapat memberikan kehidupan yang lebih selesa buat anak-anak.”

Puan Ronama Yaacob, 47 tahun memang berada di bawah senarai penerima bantuan kita sebelum ini. Mempunyai tiga orang anak, yang sulung kini berusia 14 tahun, yang kedua 10 tahun manakala yang bongsu pula baru berusia 7 tahun.
Puan Ronama telah berkahwin dgn arwah suami 17 tahun yang lalu. Kehidupan mereka aman bahagia walaupun mereka bukanlah orang senang.
Namun kebahagiaan itu diuji bila arwah suami jatuh sakit akibat kegagalan buah pinggang. 7 tahun lamanya arwah menderita sakit sebelum pergi buat selamanya pada 1 Ogos 2019.
Baru setahun lebih ayah pergi, sudah dua kali mereka berpindah rumah sewa …

Sepanjang suami sakit .. Puan Ronama yang dari dulu tidak berkerja terpaksa mencari nafkah demi membesarkan anak-anak. Pada masa yang sama, dia tidak boleh keluar bekerja kerana perlu menguruskan arwah suami yang juga menjalani rawatan hemodialisis.
Jadi, Puan Ronama menanam sayur di sekeliling rumah mereka. Dengan hasil kebun sayurnya, bantuan ZAKAT KEDAH dan JKM … Puan Ronama tabah membesarkan anak-anak sepanjang tempoh arwah suami sakit.
“Tidak lama setelah arwah suami meninggal … Puan Ronama terpaksa mengosongkan rumah yang 15 tahun lamanya menjadi syurga kasih sayang mereka atas masalah hakmilik tanah.”
Sejak itu, Puan Ronama memang hidup susah kerana perlu menanggung sewa rumah sedangkan beliau tiada pendapatan tetap selain wang bantuan dari ZAKAT KEDAH dan JKM.
Untuk menampung pendapatan .. dia bekerja membuat kuih peneram di pekan hari dgn bayaran sekitar RM20 sehari bergantung kepada hasil jualan. Majikan pula tidak berniaga setiap hari .. apatahlah sejak PKP ini.
Sekarang Puan Ronama menyewa di sebuah rumah kampung yang bilik air dan bilik mandinya terletak di luar rumah.

Masalah sering terjadi bila terpaksa ke bilik air di waktu malam. Bukan saja takut pada bahaya binatang berbisa, keselamatan anak perempuannya turut menjadi perkara yang bermain di fikiran Puan Ronama. Tambahan pula rumah itu terletak agak jauh dari jiran tetangga.
Maka itu … kita berhasrat hendak membawa mereka berpindah ke sebuah rumah yang lebih selesa dan kedudukan lebih strategik bagi tujuan membolehkan kita membuka sebuah gerai.
Tambahan pula … Puan Ronama memang sudah lama berhasrat untuk berdikari dan berniaga di gerai sendiri.
Semoga dengan berkat sumbangan Sedekah Jumaat kita ini, dapat membantu meringankan Puan Ronama dalam membesarkan anak-anak yang bergelar anak yatim ini dengan lebih sempurna.
Jumaat yang barakah … semoga Allah permudahkan segala urusan kita sebagaimana kita permudahkan urusan orang lain. Wassalam ….
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
SEDEKAH JUMAAT
RUMAH SEWA DAN WARUNG
KERPERLUAN RM 7K
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU
552107617521
Sumber: Natipah Abu