Ramai dikalangan kita yang mengimpikan bentuk badan yang ‘ideal’ dan menarik terutamanya bagi kaum wanita di luar sana. Namun, untuk memulakan proses menurunkan berat badan tidak mudah seperti yang disangka. Terkadang, ada yang mengalah dan kembali kepada rutin makanan harian.
Perkara seperti ini terjadi kerana kurangnya motivasi dalam diri. Walau bagaimanapun, zaman teknologi sekarang banyak tip-tip yang dikongsikan orang ramai dan pakar dietitian yang boleh diperolehi dihujung jari. Tetapi, ia bergantung juga dengan keadaan tubuh sendiri.
Menurut satu perkongsian seorang gadis yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17.7kg dalam masa empat bulan boleh dijadikan panduan untuk sesiapa sahaja yang ada menyimpan hasrat untuk menurunkan berat badan dalam masa terdekat.
Ikuti perkongsian Rose Myza yang berkongsi beberapa tip yang dilakukannya sepanjang empat bulan untuk menurunkan berat badan.
Sumber: Rose Myza