
Sifat ayah atau bapa sering digambarkan sebagai seorang insan yang tegas, garang, dan kuat pekerja untuk memberi keperluan hidup kepada keluarga. Sangat berlawanan dengan sifat ibu yang lemah lembut, penuh kasih sayang dan prihatin. Pernahkah anda mudah terasa jika ayah kamu tidak membelikan barang kesukaan dan memberi pelbagai alasan?
Pada zahirnya kita mudah terasa, tetapi tindakan seorang ayah mesti tegas, lebih banyak berdiam dan jarang memujuk. Sebab itu, kita sebagai anak lelaki mahupun perempuan mesti akan lebih rapat pada ibu.
Namun, tidak bermakna mereka tidak pedulikan kita. Jauh sekali jika mereka tidak mempunyai rasa sayang terhadap kita. Seorang remaja telah memuatnaikkan satu tweet di akaun Twitternya mengenai kasih sayang seorang bapa kepada anaknya ternyata terjentik emosi seluruh warga Twitter.

Katanya, dia sangat terharu apabila ayahnya bertindak untuk mencium dahi sambil mejatuhkan air mata untuk anaknya. Sebagai anak, kita perlu menghargai pengorbanan seorang ayah untuk keselsaan kita. Janganlah sesekali untuk kita sakiti hatinya.

Sebagai seorang anak yang soleh dan solehah, seharusnya kita perlu berdoa tentang kesejahteraan hidup mereka. Mungkin ayah kekok untuk berbuaal dengan kita tetapi sebenarnya mereka mahu hadir dalam hati kita.


Daripada tweet ini, ramai pengikut lain tureut kongsikan detik-detik yang terharu ini di laman akaun Twitternya. Rata-rata daripada mereka juga pernah merasai pengalaman ini dan ada juga yang telah kehilangan ayah dan merindui saat dicium dan dibelai oleh seorang ayah.






Apa-apapun sebagai anak kita seharusnya lebih menghargai pengorbanan mereka yang menjaga kita dari kecil sehinggalah besar an berjaya.
Sumber: Luqman