Seperti yang diketahui, pandemik COVID-19 di negara ini semakin meruncing dengan jumlah kes yang tertinggi dicatatkan mencecah sehingga empat angka.
Dalam keadaan ini, petugas perubatan pastinya menghadapi waktu-waktu yang sukar dalam menangani penularan virus ini.
Ada yang terpaksa berjauhan dari keluarga demi menjalankan amanah yang telah diberikan kepada mereka.
Sama seperti yang dihadapi oleh Eli Ben Rahman yang terpaksa berjauhan beribu batu dari isterinya yang berada di Jeddah.
Menerusi ciapan yang dimuatnaik olehnya di Twitter, Eli mengatakan bahawa dia sudah hampir sembilan bulan tidak berjumpa dengan isteri yang bertugas sebagai jururawat di sana.
Gambar Via Eli Ben RahmanEli juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa peka dan tidak mengambil mudah mengenai jangkitan COVID-19.
Sumber: Eli Ben Rahman