Sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman di sidang media khas ekoran kemudahan yang diberikan kepada individu lengkap divaksinasi.
Dengan ini, aktiviti sukan dan riadah luar tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) dibenarkan untuk individu lengkap vaksinasi.
Aktiviti ini sangat penting untuk mengekalkan tahap kesihatan minda dan kecergasan fizikal yang baik.
Pun begitu, penjarakan sosial perlu dipatuhi dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) atau separa terbuka, bermula jam 6 pagi hingga 10 malam.
Operasi bilik persalinan dan tempat mandi di clubhouse tidak dibenarkan untuk mengelak perkumpulan selepas bersukan dan mengurangkan risiko jangkitan.
Aktiviti sukan dan rekreasi yang dibenarkan adalah seperti jogging, senaman, tai chi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, single tenis dan badminton, golf, permotoran dan seumpamanya.
Kerajaan tak teragak-agak menarik semula kemudahan-kemudahan untuk golongan lengkap dua dos vaksin sekiranya berlaku ketidakpatuhan.
Sumber: PM