Beberapa rakaman berbentuk penyiksaan haiwan telah dikongsikan dan semakin menular di ruangan maya.
Menurut portal Daily Mail, kumpulan Aktivis Hak Asasi Haiwan telah berkongsikan rakaman anjing dipanggang ‘barbeku’ di pasar daging di China.
Gambar: The SunRakaman tersebut menunjukkan anjing tersebut masih menyalak kesakitan dan membuka mulutnya dengan darah yang mengalir.
Rakaman lain pula menunjukkan seekor anjing disimbah dengan air mendidih pada bahagian badannya.
Gambar: Daily MailPerkongsian video itu adalah persediaan bagi perarakan ke kedutaan China di London bagi menuntut keadilan bagi haiwan tersebut.
Satu kempen yang dikenali sebagai No to Dog Meat telah dilancarkan bagi bertindak balas terhadap penindasan haiwan.
Gambar: Daily MailMesej yang disampaikan melalui kempen tersebut adalah bagi tindak balas mereka bagi mengurangkan serta menghentikan perbuatan tersebut.
Walau bagaimanapun, rakaman tersebut tidak dapat disertakan kerana mempunyai grafik yang terlalu sensitif untuk dikongsikan.
Sumber: The Sun